Perkara Sunat Sembelihan
Penyembelih:
1. Penyembelih menajamkan pisau.
- Disunatkan menajamkan pisau berpandukan hadis riwayah Abu Ya’la, iaitu kamu hendaklah menajamkan pisau dan menenangkan haiwan sembelihan.
2. Menyembelih pada waktu siang.
- Disunatkan sembelihan dilakukan pada waktu siang kerana ditakuti berlaku kesilapan ketika penyembelihan.
3. Menghadap kiblat.
- Disunatkan penyembelih dan binatang sembelihan menghadap kiblat kerana kiblat adalah tempat mulia bagi umat Islam.
4. Membaca basmalah.
· Disunatkan penyembelih membaca bismillah ketika permulaan menyembelih.
Binatang Sembelihan:
- Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri.
Alat Sembelihan:
- Alat sembelihan ialah alatan yang tajam seperti pisau.
No comments:
Post a Comment