Wednesday, January 27, 2021

MAKSUD, HUKUM DAN DALIL SEMBELIHAN

  السلام عليكم ورحمة الله وباركاته





Maksud Sembelihan

Bahasa:
 Memotong

Istilah: Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halqum dan urat mari’.




Hukum Sembelihan

Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut syariat, binatang itu disebut bangkai. Bangkai adalah najis dan haram dimakan.


Dalil Naqli Sembelihan


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

SURAH AL MAIDAH: 3

Sila dengar audio bacaan Surah Al Maidah ayat 3 di bawah ini:



Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib engan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada  hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



 مَا أَنْهَرَ الدَّمَ وَذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ فَكُلُوهُ

                                                         (Riwayat Bukhari)


Maksudnya: “Setiap yang ditumpahkan darahnya dengan menyebut nama Allah maka makanlah.”

RUKUN SEMBELIHAN

 Rukun Sembelihan




1. Penyembelih

2. Binatang sembelihan

3. Alat sembelihan

SYARAT SAH SEMBELIHAN

 Syarat Sah Sembelihan

Penyembelih:



1. Beragama Islam atau ahli kitab.

  • Halal sembelihan daripada ahli kitab kerana niat sembelihan mereka adalah kerana Allah SWT.
  • Sembelihan kanak-kanak dan perempuan adalah sah dan halal.

2. Melakukan penyembelihan hanya kerana Allah SWT.

  • Sembelihan yang bukan kerana Allah adalah tidak sah dan haram dimakan. Contohnya sembelihan untuk membuat persembahan kubur keramat.

 

Binatang Sembelihan:



1. Masih mempunyai hayat mustaqirrah.

  • Jika binatang disembelih hamper mati, binatang tersebut tidak halal dimakan.

2. Putus urat halqum dan mari’ dengan segera dengan sekali sembelihan.

  • Urat halqum adalah saluran pernafasan dan urat mari’ adalah saluran makanan.
  • Apabila kedua-dua urat tersebut diputuskan dengan segera, binatang tersebut akan mati dengan cepat.

 

Alat Sembelihan:



  • Alat sembelihan dibolehkan ialah alatan yang boleh melukakan binatang sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang.

PERKARA SUNAT SEMBELIHAN

 Perkara Sunat Sembelihan




Penyembelih:


1. Penyembelih menajamkan pisau.

  • Disunatkan menajamkan pisau berpandukan hadis riwayah Abu Ya’la, iaitu kamu hendaklah menajamkan pisau dan menenangkan haiwan sembelihan.

2. Menyembelih pada waktu siang.

  • Disunatkan sembelihan dilakukan pada waktu siang kerana ditakuti berlaku kesilapan ketika penyembelihan.

3. Menghadap kiblat.

  • Disunatkan penyembelih dan binatang sembelihan menghadap kiblat kerana kiblat adalah tempat mulia bagi umat Islam.

4. Membaca basmalah.

· Disunatkan penyembelih membaca bismillah ketika permulaan menyembelih.

 

Binatang Sembelihan:


  •      Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kiri.

Alat Sembelihan:





  • Alat sembelihan ialah alatan yang tajam seperti pisau.


PERKARA MAKRUH SEMBELIHAN

 Perkara Makruh Sembelihan




Penyembelih:

  •       Menyembelih di hadapan binatang lain.
  •       Menyembelih pada waktu malam.
  •       Tidak menghadap kiblat.
  •       Tidak membaca basmalah.

 

Binatang Sembelihan:


  •      Menyeksa binatang.

 

Alat Sembelihan:


  •      Menggunakan pisau yang tumpul.

 

Tuesday, January 26, 2021

HIKMAH SEMBELIHAN

 Hikmah Sembelihan dari Sudut Syarak dan Sains

Terdapat beberapa hikmah sembelihan yang dapat dilihat dari sudut syarak dan sains. Hikmah ini merupakan kepentingan yang seharusnya diketahui oleh seluruh umat Islam. Antara hikmah sembelihan adalah:

  • Kita dapat membezakan antara daging yang halal dan daging yang haram supaya ibadah diterima.


  • Kita dapat menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan bakteria yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan. 


  • Sembelihan boleh mempercepatkan proses kematian binatang yang disembelih agar binatang tidak menyeksa binatang.